Perutusan Mudir
  • fr-FR
  • English (UK)

Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya, saya diberi kesempatan dan kekuatan untuk menulis sepatah dua kata dalam kata alu-aluan Laman Web  SMUTIS

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pusat Data Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan kerana menyediakan tapak rasmi domain percuma kepada sekolah-sekolah di negeri Kelantan.

Tahniah dan syabas diucapkan kerana berjaya menyempurnakan Pembangunan Laman Web SMUTIS ini dengan jayanya. Tanpa kesungguhan dan komitmen yang tinggi sudah tentu laman web ini tidak dapat disiapkan seperti yang dirancang. Oleh itu, saya selaku Pengetua SMUTIS ingin memanjatkan setinggi - tinggi kesyukuran kepada Yang Maha Esa  dan ucapan terima kasih kepada ahli yang terlibat kerana telah mempamerkan kesungguhan dalam merealisasikan hasrat yang terkandung dalam Visi dan Misi SMUTIS.

Sebagai sebuah sekolah yang mempunyai cita-cita besar untuk menempa nama di persada negara dan dunia pendidikan, penggemblengan tenaga dan usaha daripada warga sekolah amat diharapkan supaya dapat menguasai ilmu untuk menghasilkan pendidikan berkualiti demi meningkatkan kecemerlangan akademik melalui pengurusan sekolah yang cekap dan efisien.

Dalam mencapai matlamat ini maka usaha yang gigih dan pengorbanan yang tinggi merupakan faktor utama penentu kejayaan yang perlu dimiliki oleh setiap warga sekolah. Ianya menuntut iltizam yang tinggi bagi membentuk budaya kerja yang cemerlang dan jelas. Semua tugasan yang terkandung dalam Buku Pengurusan Sekolah diharap dapat berfungsi serta dijana mengikut garis panduan yang dinyatakan di dalamnya. Saya amat berharap semua warga SMUTIS dapat memastikan kerja yang dilakukan tidak tersasar dari landasan.

Akhir kalam, saya dengan rasa rendah hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada team web yang telah berusaha gigih sehingga berjaya menyempurnakan Pembangunan Laman Web SMUTIS ini dengan jayanya.

Sama-samalah kita menjalankan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh keikhlasan dan mudah-mudahan usaha  ini diberkati Allah S.W.T dan menjadi amal soleh yang akan kita kecapi pada kemudian  hari. Insyaallah.

Sekian. Wassalam

TN HJ Rusdi Bin Arifin
Pengetua SMUTIS 2019

 


PENAFIAN:

SMU(A) Tarbiah Islamiah, tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

 

Tarikh Kemaskini : 9 MEI 2021

 

Hakcipta © SMU(A) Tarbiah Islamiah, Kg Lepah, Selising, Kelantan