Sejarah Penubuhan Sekolah
  • fr-FR
  • English (UK)

Sejarah Penubuhan Sekolah

SMU (A) Tarbiah Islamiah telah diasaskan pada tahun 1958 dan telah melahirkan ramai cendikiawan yang terkemuka. Pendidikan sekolah ini mengamalkan dua kurikulum serentak iaitu Kurikulum Azhari, Kurikulum Kebangsaan. Kurikulum Azhari membolehkan para pelajar menduduki peperiksaan Pentaksiran Sijil Menengah Ugama Dini (SMU Dini) . Manakala, Kurikulum Kebangsaan membolehkan para pelajar mengambil peperiksaan PT3, dan SPM.

Pada awal penubuhannya, tenaga pengajar SMU (A) Tarbiah Islamiah terdiri daripada guru-guru agama lepasan Nilam Puri. Sehingga kini, dengan kemajuan sistem pendidikan sekarang tenaga pengajarnya telah bertambah kepada guru-guru lepasan universiti-universiti tempatan dan juga luar negara iaitu Universiti Al-Azhar, Universiti Libya dan lain-lain.

Pada 12 Ogos 2008, perjanjian persefahaman di antara Kerajaan Negeri Kelantan dan Kementerian Pelajaran Malaysia telah memilih SMU (A) Tarbiah Islamiah, Kampung Lepah sebagai salah satu daripada 20 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR) untuk didaftarkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaaan (SABK). Ini bertujuan untuk memperkasakan lagi sekolah-sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan supaya tidak ketinggalan dalam semua aspek.

 

Asal Usul Nama Sekolah

SMU(A) Tarbiah Islamiah, pada awalnya ditubuhkan di tapak asal masjid Kg. Lepah pada tahun 1958 dengan nama Madrasah Tarbiah Islamiah dan diasaskan oleh Dr. Hj. Abdul Rahman bin Hj. Ahmad. Lebih kurang setahun kemudian, sekolah ini dipindahkan ke tapak sekarang iaitu di atas sebidang tanah wakaf Lot No. 829, Kg. Lepah dan bangunan asalnya telah dirobohkan

Kemudian pada tahun 1974, madrasah ini diambil alih oleh Jabatan Sekolah Agama (JASA) dan dibiayai oleh JASA. Madrasah ini kemudiannya diletakkan di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) pada tahun 1978 dan ditukar nama kepada Sekolah Menengah Ugama (Arab) Tarbiah Islamiah, Kg. Lepah. Sekolah ini dibuka dengan rasminya oleh Menteri Besar Kelantan YAB. Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 19 Januari 1995 bersamaan dengan 17 Syaaban 1415H.


PENAFIAN:

SMU(A) Tarbiah Islamiah, tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini.

 

Tarikh Kemaskini : 9 MEI 2021

 

Hakcipta © SMU(A) Tarbiah Islamiah, Kg Lepah, Selising, Kelantan